Assalamualaikum warahmatullah....
“BACALAH dengan nama Tuhanmu yang menciptakan sekian makhluk. Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah dan Tuhanmu yang Maha Pemurah; yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya,” (al-Alaq: 1 hingga 5).
Bermula dari wahyu pertama al-Quran menyeru umat Islam untuk belajar. Kita sudah sedia maklum yang di dalam al-Quran terdapat banyak fakta-fakta sains. Kebenaran fakta-fakta ini telah terbukti dengan kajian-kajian yang dilakukan oleh oleh ilmuwan-ilmuwan Islam pada abad kesembilan. Ini menunjukkan al-Quran mendahului zaman ia diturunkan.
Kebenaran fakta sains di dalam al-Quran terus meyakinkan dan ilmuwan-ilmuwan Islam terus meneroka ilmu tersebut sehingga membina tamadun Islam melalui perkembangan ilmu dan penciptaan teknologi. Muncullah nama-nama besar ilmuwan dan saintis Islam seperti ibnu Haitham, Al-Khawarizmi, Ibnu Sina dan ramai lagi.
Malah ramai yang tidak mengetahui ilmuwan Islam mendahului ilmuwan Barat dalam penemuan pelbagai teori sebagai contoh penemuan tarikan graviti ditemui oleh Ibnu Haitham sebelum Isaac Newton tetapi nama Isaac Newton yang lebih dikenalai dengan peristiwa buah epalnya. Hal yang sama ditemui oleh Ibnu Firnas menerusi konsep penerbangan yang seterusnya diadaptasi oleh adik-beradik Wright. Manakala Abbas ibnu Firnas telah mengkaji cakerawala kira-kira 600 tahun sebelum Leonardo da Vinci melakukan kajiannya.
Perkembangan yang dilakukan oleh cendiakawan Islam semakin malap bermula ketika berakhirnya Kerajaan Abassiyah. Pelbagai ilmu dan penemuan dikatakan hilang ketika berlakunya Perang Salib. Kini nama-nama ilmuwan Barat lebih dikenali berbanding ilmuwan Islam. Malahan nama-nama ilmuwan Islam ditukar ke dalam versi Barat seperti Al-Kindi kepada Alkindus, Ibnu Rushd kepada Averroes, Ibnu Sina kepada Avicenna dan Al-Biruni kepada Alberuni. Kegemilangan ilmu pada tamadun Islam kini hanya boleh dikenang dan dibanggakan pencapaiannya.
Sebaiknya kita mengenali cendekiawan-cendiakawan Islam terdahulu dan mengambil pengajaran dari peristiwa kejatuhan tamadun Islam agar kita terus bermotivasi untuk sama-sama membina kembali tamadun Islam yang telah lama berkubur....

No comments:
Post a Comment