“Iblis menjawab: “Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hambaMu yang mukhlis (ikhlas) di antara mereka.”
(QS, Shaad 38 : 82-83)
“Iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma’siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hambaMu yang mukhlis (ikhlas) di antara mereka.”
(QS, Al-Hijr, 15 : 39-4)
Iblis tidak dapat menyesatkan orang-orang yang ikhlas memandangkan ketika niat diserahkan ikhlas kerana Allah, kita berserah apa sahaja kepada-Nya. Ketika itu diri kita tidak lagi berada di wilayah kekuatan kita tetapi di bawah kekuatan dan kekuasaan Allah. Kita mengikut dengan jiwa yang berserah kepada kehendak Allah, di mana hasutan iblis tidak dapat menaklukinya.
Orang yang ikhlas tidak memikirkan ikhlas atau tidak tetapi memikirkan tanggungjawab yang ditetapkan oleh Allah itu telah dilaksanakan dengan baik atau belum. Itulah ikhlas dan ia hadir tanpa perlu difikirkan. Ikhlas tidak mampu dibuat-buat tetapi dapat diwujudkan dengan kesedaran.
Kesedaran tanggungjawab kepada Allah memastikan kita akan melaksanakan segala urusan dengan sedaya mungkin kerana-Nya. Orang yang dekat dengan Allah memiliki kesedaran tertinggi akan hal Allah. Mereka tidak pernah rasa kecewa sekiranya terjatuh dalam kegagalan dalam melaksanakan amanah.
Setelah memiliki kesedaran tertinggi, segala kerja kerana Allah dilaksanakan tanpa rasa terpaksa. Kita tidak melakukannya kerana pangkat dan wang namun pangkat dan wang merupakan satu keperluan. Ia membantu kita dalam urusan menjadi wakil Allah sebagai khalifah di muka bumi ini.
5 comments:
tenkiu lisah
:)))))
ilmu2 yang benar2 berguna untuk dimanfaatkan..
ur da almost welcomed..
hihi..sunyi blog nih..
Assalamualaikum, ikhlas dalam konteks Islam yg sebenarnya adalah segala sesuatu yg kita lakukan dalam kehidupan itu adalah menepati firman Allah (a.w): 'wa yarjuna rahmatahu, wa-yakhafuna 'azabahu'(maksud: kerana mencari kerahmatan Allah (a.w) (i.e. syurgaNya), dan takutkan azab Allah (a.w)' (i.e. nerakaNya))9Ayat 57, Surah al-Isra'). Itulah keikhlasan yg haq.
bgus2..
hehe:D
Post a Comment