Friday, August 20, 2010
Friday, April 9, 2010
jodoh itu ketentuan Tuhan
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.
Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan . Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput.
“…Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat."

Usaha kita dalam mencari jodoh perlulah bersandarkan kepada iman dan diiringi dengan doa yang berpanjangan. Berdoalah banyak-banyak dengan bersungguh-sungguh kerana mengharapkan rahmat daripada Allah agar insan yang kita pilih itu dijodohkan dengan kita.
Solat Istikharah
Dari Saad Bin Abi Waqas r.a. katanya Rasulullah SAW bersabda:
“Di antara kebahagian anak Adam ialah Solat Istikharah daripada Allah Taala dalam segala urusannya.”
(Hadis 146 Mastika Hadis Jilid 2)
Solat istikharah ialah solat untuk meminta perkhabaran, petunjuk dalam memilih umpamanya di antara dua pilihan. Hanya boleh beristikharah untuk benda yang HARUS sahaja. Benda yang sememangnya haram atau wajib tidak dibenarkan. Dalam hadis yang lain:
“…Tidakkan menyesal orang yang beristikharah”
Sabda Nabi SAW:
“Tidak akan kecewa bagi yang melaksanakan istikharah dan tidak akan menyesal bagi orang yang suka bermusyawarah dan tidak ada kekurangan bagi orang yang suka berhemat”
(HR.Thabrani).
Kalau sudah beristikharah dan Allah dorong untuk melakukan sesuatu (cenderung kepada sesuatu; gerak hati), mestilah patuh.
Bila? Solat Istikharah boleh dilakukan sama ada siang atau malam, terutamanya bila hati terasa tenang.
Berapa lama?
Buatlah sehingga 5 atau 7 malam. Insya-Allah diberi petunjuk (tidak semestinya melalui mimpi).
Istikharah digalakkan berdasarkan hadis Jabir yang menyebut:
“Rasulullah saw mengajar kami beristikharah pada semua perkara sebagaimana baginda mengajar satu surah daripada Al-Quran. Kemudian hendaklah ia berdoa dengan membaca:
Wahai tuhanku, aku memohon pilihan dengan ilmuMu dan memohon takdirMu dengan kekuasaanMu. Dan aku memohon daripada kelebihanMu yang amat besar. Sesungguhnya Engkau sahaja mampu segalanya dan aku tidak mampu dan Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui. Engkau mengetahui segala perkara ghaib.
Wahai tuhanku sekiranya engkau ketahui bahawa perkara ini adalah yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, didalam kehidupanku serta kehidupanku selanjutnya, maka takdirkanlah perkara itu untuk ku serta permudahkannya untuk ku dan berkatilah aku padanya. Sekiranya Engkau ketahui bahawa perkara ini adalah bukan yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, di dalam kehidupan ku serta kehidupan ku selanjutnya, maka jauhilah daripadanya serta takdirkanlah yang terbaik buatku serta berkatilah aku. Berikanlah kebaikan di mana saja aku berada dan jadikanlah aku ini orang yang redha atas ketentuanMu.”
(Hadis 147 Mastika Hadis Jilid 2)

Tuesday, February 16, 2010
CETUSAN SAINTIS ISLAM...
Assalamualaikum warahmatullah....
“BACALAH dengan nama Tuhanmu yang menciptakan sekian makhluk. Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah dan Tuhanmu yang Maha Pemurah; yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya,” (al-Alaq: 1 hingga 5).
Bermula dari wahyu pertama al-Quran menyeru umat Islam untuk belajar. Kita sudah sedia maklum yang di dalam al-Quran terdapat banyak fakta-fakta sains. Kebenaran fakta-fakta ini telah terbukti dengan kajian-kajian yang dilakukan oleh oleh ilmuwan-ilmuwan Islam pada abad kesembilan. Ini menunjukkan al-Quran mendahului zaman ia diturunkan.
Kebenaran fakta sains di dalam al-Quran terus meyakinkan dan ilmuwan-ilmuwan Islam terus meneroka ilmu tersebut sehingga membina tamadun Islam melalui perkembangan ilmu dan penciptaan teknologi. Muncullah nama-nama besar ilmuwan dan saintis Islam seperti ibnu Haitham, Al-Khawarizmi, Ibnu Sina dan ramai lagi.
Malah ramai yang tidak mengetahui ilmuwan Islam mendahului ilmuwan Barat dalam penemuan pelbagai teori sebagai contoh penemuan tarikan graviti ditemui oleh Ibnu Haitham sebelum Isaac Newton tetapi nama Isaac Newton yang lebih dikenalai dengan peristiwa buah epalnya. Hal yang sama ditemui oleh Ibnu Firnas menerusi konsep penerbangan yang seterusnya diadaptasi oleh adik-beradik Wright. Manakala Abbas ibnu Firnas telah mengkaji cakerawala kira-kira 600 tahun sebelum Leonardo da Vinci melakukan kajiannya.
Perkembangan yang dilakukan oleh cendiakawan Islam semakin malap bermula ketika berakhirnya Kerajaan Abassiyah. Pelbagai ilmu dan penemuan dikatakan hilang ketika berlakunya Perang Salib. Kini nama-nama ilmuwan Barat lebih dikenali berbanding ilmuwan Islam. Malahan nama-nama ilmuwan Islam ditukar ke dalam versi Barat seperti Al-Kindi kepada Alkindus, Ibnu Rushd kepada Averroes, Ibnu Sina kepada Avicenna dan Al-Biruni kepada Alberuni. Kegemilangan ilmu pada tamadun Islam kini hanya boleh dikenang dan dibanggakan pencapaiannya.
Sebaiknya kita mengenali cendekiawan-cendiakawan Islam terdahulu dan mengambil pengajaran dari peristiwa kejatuhan tamadun Islam agar kita terus bermotivasi untuk sama-sama membina kembali tamadun Islam yang telah lama berkubur....

Subscribe to:
Posts (Atom)