“Iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma’siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hambaMu yang mukhlis (ikhlas) di antara mereka.”
Wednesday, December 30, 2009
tentang ikhlas
“Iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma’siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hambaMu yang mukhlis (ikhlas) di antara mereka.”
Tuesday, December 22, 2009
biarlah berguru..
1. http://manatuhanallah.blogspot.com/
Blog ini dimiliki oleh fahaman yang cuba menafsirkan al Quran mengikut akal sendiri tanpa bersandar dengan al Quran dan hadith serta melalui ulamak muktabar yang mentafsirkannya.
2. http://e-bacaan.com/
Laman ini dibangunkan oleh mereka yang anti hadith
3. http://www.e-mindakita.com/
Laman web ini dipunyai oleh webmaster iaitu Bayau, antara user yang selalu menulis adalah JUANG, dan moderator yang telah sedar telah meletakkan jawatan apabila sudah diterangkan bahawa fahaman yang dibawa oleh moderator dan webmaster adalah ANTI HADITH.
4. http://al-muwahhidun.blogspot.com/
- Blog ini didapati membawa fahaman wahhabi salafi yang keras. Bahkan menghukum ahlu sufi sebagai sesat secara total. Hukum Bernasyid pun diharamkan secara total dan dihukum sesat tanpa melihat kepada keharusannya oleh ramai ulamak muktabar yang lain. Rujuk : http://al-muwahhidun.blogspot.com/2009/10/lagi-lagi-berkenaan-nyanyian-dan-muzik.html
- Menghukum Jemaah Ikhwanul Muslimin sebagai beraqidah kufur secara total. : http://al-muwahhidun.blogspot.com/2009/02/apabila-al-ikhwan-al-muslimun-membuka.html
Blog ini ada dilinkkan oleh empunya blog MUWAHHIDUN di atas. Menghukum sesat kepada majoriti Ulamak dan Umat Islam yang mengikut aliran asya'iroh di Malaysia dan seluruh dunia. Rujuk : http://wahabiah.blogspot.com/2008/11/berhati-hati-terhadap-beberapa-fahaman.html
6. http://an-nawawi.blogspot.com/
Blog ini kepunyaan seorang pelajar UITM iaitu Nawawi Subandi berfahaman wahhabi salafi. Pernah menghukum Imam an Nawawi dan Imam Ibnu Hajar terkeluar dari Ahlu Sunnah Wal jama'ah.Di dalam blognya ini dilinkkan sekali dengan Rasul Dahri yang pernah menghukum sesat kepada Jemaah Ikhwanul Muslimin secara total dan beliau ini membawa fahaman tasybih (menyerupakan ALlah dengan makhlukNya dan tajsim iaitu Allah itu bertangan, kaki dan sebagainya)Antara blog-blog ditulis oleh Nawawi ini ialah
1. http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com/
2. http://bahaya-syirik.blogspot.com/
3. http://galeriniaga.blogspot.com/
4. http://fiqh-sunnah.blogspot.com/
Pendapat ekstrimnya ialah mengatakan selawat syifa' dan nariyyah itu syirik. Sila rujuk : http://bahaya-syirik.blogspot.com/2008/11/078-syiriknya-selawat-syifa-selawat.html
http://bahaya-syirik.blogspot.com/2008/11/078-syiriknya-selawat-syifa-selawat.html
Hukuman ini telah menjatuhkan hukum Syirik/Kafir kepada ulamak-ulamak Islam yang lain, termasuklah Prof Dr Haron Din, Dato' Ismail Kamus, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dan ramai lagi umat Islam yang mengamalkannya.Persoalan selawat syifa' telah diperjelaskan dengan panjang lebar oleh Darussyifa' dan Ustaz Azhar Idrus
kesimpulan.,
i xtaw nak bagi k0men ape. sebab ilmu i sangat cetek. xsampai paras bku lali pun. but to all muslimeen, juz take notice. sebab ini bukan kes ringan da nih. ape2 pn, sekira ny mahu belajar agama, biar lah berguru. (xsemesti ny kne ad ckgu kat depan kite, i mean asal kan kite ad tempat nak btanye..)
c'est tout.tata
Friday, December 18, 2009
Kategori : IBADAH Puasa |
Tajuk : |
Sejarah Puasa Assyura |
Hadith : |
Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga". (Muslim) |
| |||
| |||
hayati sebuah kehidupan...
Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun,mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.
Sang guru tersenyum kepada murid- muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh- musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan ketika.
"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend,hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gayahidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu..."
"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan."Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?" Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat,dan lain-lain. Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet."Murid- murid,begitulah ummat Islam dan musuh - musuhnya... Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang- terang. Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sadar.
"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan- hiasan dinding akan dikeluarkan dulu,kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. .."
"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan- lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan."
"Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita...