I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, October 24, 2009

rahsia di sebalik wuduk..

Rahsia disebalik wuduk







Sebelum wuduk/tayamum hendaklah diketahui mengapakah dan apakah tujuannya Allah memerintahkan wuduk/tayamum sebelum melakukan solat samaada solat sunat mahupun solat wajib. Kerana Allah tidak menyuruh sesuatu itu tanpa sebab dan hikmahnya.
Sekiranya kita dapat memahami apa yang Allah kehendaki di dalam wuduk/tayamum, maka perjalanan wuduk/tayamum lebih lancar tanpa was-was dan Allah menerima wuduk kita dan perjalanan solat lebih khusyuk dan taqwa. Insyaallah.

1. Berkumur
- dari segi syariat berkumur untuk membuang sisa makanan agar tidak terjadi perkara yang membatalkan solat iaitu makan ketika solat. Walaupun secebis sisa makanan.
- dari segi hakikat berkumur untuk membersihkan kekejian mulut kerana berkata sesuatu yang dibenci walaupun tidak disengajakan.

2. Membasuh muka
-dari segi syariat membasuh muka untuk menghilang kekotoran pada muka, debu-debu yang mengandungi kuman yang membawa penyakit agar tidak meresap pada kulit muka. Dalam erti kata lain kebersihan untuk mengadap Allah kerana Allah suka hamba yang bersih.
-dari segi hakikat membasuh muka untuk membuang segala kekotoran yang dilakukan yang mendatangkan malu pada agama islam dan Allah. Ibarat menconteng arang dimuka.

3. Membasuh tangan
-dari segi syariat membasuh tangan untuk menghilangkan daki atau debu atau apa saja kekotoran yang membuatkan air tidak terkena pada kulit. Dalam erti kata lain kebersihan yang Allah sukai.
-dari segi hakikat membasuh tangan untuk membersihkan dosa-dosa yang dilakukan oleh tangan seperti mencuri, menggunakan tangan pada jalan yang tidak diredhai Allah.

4. Menyapu kepala
-dari segi hakikat menyapu kepala agar kepala terasa sejuk dan selesa untuk memudahkan daya pemikiran berfikir dengan waras dan selesa secara tidak langsung mengurangkan tekanan.
-dari segi hakikat meyapu kepala bagi membersihkan akal fikiran dari dosa kerana berfikir perkara yang keji dan meningati akal fikiran agar meningati Allah sahaja bukan sahaja di dalam solat malah sepanjang hidup setiap detik nafas.

5.
Membasuh telinga
-dari segi syariat membasuh telinga untuk membuang kotoran pada telinga dalam erti kata lain menjaga kebersihan. Secara tidak langsung kebersihan diri menunjukan kebersihan agama islam.
-dari segi hakikat membasuh telinga untuk membersihkan dosa kerana mendengar fitnah serta umpatan walaupun tidak disengajakan. Selain itu membersihkan telinga dari dosa mendengar sesuatu yang melalaikan dari meningati Allah.

6.
Membasuh kaki
-dari segi syariat membasuh kaki bagi membersihkan kotoran terpijak najis untuk mengelakan kekotoran pada tempat inadat yang succi.
-dari segi hakikat membasuh kaki bagi membersihkan kaki dari dosa kerana melangkah ketempat yang Allah tidak redha.

*wuduk/tayamum membuktikan pada Allah bahawasanya diri kita masih bersih seperti awal-awal mula Allah wujudkan kita di dunia yang mana Allah mewujudkan kita di dunia ini dari bayi yang bersih. Maka kebesihan yang kita jaga menunjukkan amanah Allah yang dipinjamkan masih lagi bersih dan tidak rosak samada dari segi zahir mahupun batin.

*apabila kita faham apa yang Allah inginkan, maka semuanya akan berjalan lancar dan makbul. Insyallah.

WALLAHU A'LAM

No comments: